
代號:4413
頁次:8
-
7
Kira-kira lapan peratus daripada lebih 2.6 juta pesakit diabetes di negara ini tidak sedar menghidap penyakit
itu ketika di peringkat awal. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, perkara itu berpunca
daripada keengganan golongan itu menggunakan kemudahan kesihatan untuk melakukan pemeriksaan.
Beliau berkata, tanpa kesedaran awal, risiko untuk mendapat penyakit peringkat akhir akibat diabetes seperti
masalah buah pinggang, mata, otot serta saraf adalah tinggi. “Perkara ini sangat membimbangkan kerana kita
mempunyai rangkaian kemudahan kesihatan begitu luas di seluruh negara terutama klinik swasta dan kerajaan.
Bagaimanapun, ada sebahagian daripada rakyat tidak menggunakan kemudahan ini dengan optimum untuk
mengetahui sama ada mereka mempunyai penyakit ini atau tidak,” katanya dalam sidang akhbar selepas
melancarkan alat rawatan dialisis, Lucenxia Intellis di sini hari ini.
Subramaniam seterusnya menasihatkan semua pihak untuk memanfaatkan kemudahan kesihatan
sekurang-kurangnya setahun sekali untuk melakukan ujian darah. Lebih-lebih lagi katanya, apabila kebanyakan
pemeriksaan tersebut boleh dijalankan tanpa melibatkan sebarang kos. “Banyak farmasi dan makmal swasta
menyediakan kemudahan ujian darah, jadi peluang untuk periksa memang banyak tetapi kesedaran tiada, maka
tidak ramai yang mengambil peluang melakukan pemeriksaan awal,” katanya.
71 Apakah punca yang menyebabkan ramai pesakit diabetes tidak sedar menghidap penyakit itu pada peringkat
awal?
Merokok Jarang bersenam
Enggan melakukan pemeriksaan kesihatan Mengadakan amalan makanan yang sihat
72 Apakah risiko yang akan dihadapi bagi pesakit diabetes yang tanpa kesedaran awal?
sakit jiwa sakit jantung
sistem saraf berkembang masalah buah pinggang, mata, otot serta saraf
73 Menteri Kesihatan menasihatkan sem ua pihak supaya memanfaatkan k emudahan ujia n darah sekurang-kura ngnya
.
sebulan sekali setahun sekali sebulan dua kali setahun dua kali
74 Ayat yang tidak berkaitan dengan petikan di atas adalah .
ramai orang mengambil peluang menyertai peperiksaan perubatan
banyak farmasi dan makmal swasta menyediakan kemudahan ujian darah
rangkaian kemudahan kesihatan adalah luas di seluruh negara terutama klinik swasta dan kerajaan
sebahagian daripada rakyat tidak menggunakan kemudahan kesihatan dengan optimum untuk mengetahui
sama ada mereka mempunyai penyakit kencing manis atau tidak
75 Mesej yang ingin disampai mengikut petikan di atas adalah .
8% pesakit tidak sedar hidap diabetes 8% pesakit tidak sedar hidap bulimia
penyakit kencing manis tidak membahayakan diabetes boleh dikesan melalui pemeriksaan X-ray